Gambar ni diambil di Terengganu minggu lepas, semasa salah seorang kakitangan IRM sedang menemuramah subjek untuk kajian kes. Ini adalah gambar kegemaran saya.Belum berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih pada kakitangan IRM yang memberi kepercayaan pada saya dan rakan-rakan fotografer lain untuk projek-projek mereka. Bagi saya, ini adalah satu lagi pendedahan dalam bidang fotografi.
Biasanya saya lebih suka pemandangan dan makro. Shot syok sendiri kata orang. Projek kali ini banyak mencabar kebiasaan saya. Tiada lagi "rest & relax". Semuanya mesti cepat, dan tepat. Ia juga melatih saya untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan subjek.
Terima kasih IRM!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk pengunjung blog ini. :)


No comments:
Post a Comment